Saturday, April 3, 2010

Sentuhan pertama


Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa penuh kesyukuran kehadrat Allah kerana akhirnya saya dapat melaksanakan apa yang telah diamanahkan kepada saya. Apabila kita bersetuju menggalas satu amanah secara langsung ia telah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul. Hampir 3 minggu saya cuber untuk menyiapkan blog ini namun ader saja alasan di hati yang menghalang saya dari berbuat demikian. Teguran suami membuatkan saya terjaga. Akhir nya hati ini berdetik " tidak ada satu benda yang berat didunia ini selain dari beratnya menggalas satu amanah". Tiba -tiba bulu roma saya berdiri. Rasa berdosa menyelinap diseluruh anggota tubuh saya, berdosa kerana mempermainkan harapan dan impian seseorang. Batapa saya menganggap mudah akan amanah itu.

Dengan satu tekad akhirnya saya berjaya juga menghasilkan satu Blog yang saya namakan "Telaga kawthar". Bagi saya Telaga Kawthar adalah telaga cinta, hadiah dari seorang kekasih kepada kekasihnya. Kekasih yang maha mengetahui akan kesedihan yang sedang ditanggung oleh seorang hamba yang terlalu mengasihi nya. Lantas diutus sang sahabat yang begitu setia untuk menyampaikan berita gembira ini. Dimana Sang Pencinta telah menghadiahkan sebuah telaga dengan kenikmatan rasa yang lebih manis dari madu, warnanya lebih puteh dari susu dan didalam nya terdapat zambrut, delima, intan dan permata yang memantulkan cahaya gemerlapan nya...

Justeru itu, dengan bermodalkan harapan yang menggunung, angkatlah kedua belah tangan kita, dengan rasa penuh tawaduk, berdoalah agar sama -sama kita dapat menikmati keenakkan air " Telaga Kawthar" walaupun seteguk dengan shafaatnya di sana nanti. Aaminnn.


Tinta Pengemis Cinta...